Hubungi Kami di Talian : 03-51922429/2434

Taujihat Guru Besar



Taujihat Guru Besar

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pertamannya dan selamanya saya mengucapkan syukur pada Allah s.w.t  kerana masih diberi ruang dan peluang untuk mencoret sedikit nukilan awal di ruangan ini.Terlebih dahulu saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga sekolah terutamanya Unit Media SRII Hira’ Shah Alam atas usaha mewujudkan Portal Rasmi SRII Hira’ Shah Alam. Semoga usaha ini akan berterusan dan sentiasa berkekalan demi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini serta dimanfaatkan sebaik mungkin oleh semua pihak, sama ada murid -murid ,para ibubapa dan masyarakat .

Dengan kesempatan ini, saya bagi pihak warga Hira’  ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengunjung yang telah sudi melayari laman web sekolah kami.

Semoga laman web ini akan dapat mempereratkan silaturahim serta Ukhwahfillah dan hubungan muhibbah dengan semua pihak, terutama untuk meningkat kemajuan dan kecemerlangan sekolah dalam arus pendidikan perdana negara ini.

Oleh yang demikian, saya amat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkatkan usaha dan khidmat bakti mereka untuk menjanakan kecemerlangan sekolah ini ke mercu kejayaan sama ada dari aspek Syakhsiah mahupun Akademik. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik berkemampuan menabur bakti untuk memperkasa sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga murid-murid dapat mempertingkat usaha untuk menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang syakhsiah, kurikulum dan kokurikulum. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan amat berguna dalam kehidupan kita pada zaman ini.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang fikiran dan tenaga dalam usaha membangunkan laman web ini.

Insya-Allah, dan mudah-mudahan sekolah ini akan terus menjadi peneraju bagi melahirkan murid murid yang mempunyai agenda Islam yang jelas ,menjadi qudwah serta cemerlang sama ada dari akademik mahupun kokurikulum.

fairul

Mohd Fairul Nafazli Bin Md Nazin
Guru Besar


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *