Hubungi Kami di Talian : 03-51922429/2434

Program Motivasi Tahun 5 Dan 6



Program Motivasi Tahun 5 Dan 6

Alhamdullilah dengan izin dan limpah kurnianya maka Program Motivasi Tahun 5 dan Tahun 6 SRII Hira’Shah Alam telah dijalankan. Program bermula pada 3.30 petang hingga 5:00 petang yang disertai oleh Tahun 5 dan Tahun 6 iaitu seramai 27 orang murid yang akan menduduki peperiksaan UPKK, PSRA dan UPSR. Tujuan program motivasi dan peningkatan belajar ini dijalankan untuk memberi kesedaran di samping meningkatkan motivasi kepada murid Tahun 5 dan Tahun 6 supaya bersedia lebih awal untuk menghadapi peperiksaan UPKK, UPSR dan PSRA. Program ini juga memperkenalkan kaedah dan meningkatan cara meningkatkan semangat yang lebih berkesan kepada para pelajar untuk menghadapi peperiksaan kelak.

           Persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan utama seperti UPKK, UPSR dan PSRA adalah penting bagi setiap murid agar mereka dapat bersedia dalam melengkapkan diri baik dari segi emosi, fizikal dan juga mental. Justeru, program ini dirancang dengan tujuan membantu murid untuk mencapai cita-cita mereka ke arah kejayaan yang cemerlang.

OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk :
1.    Memberi pendedahan awal tentang teknik belajar yang betul kepada pelajar.
2.    Memberi motivasi agar diri pelajar lebih berkeyakinan dalam sesi pengajaran dan   pembelajaran.
3.    Mencungkil kelebihan dan kelemahan diri individu untuk maju dalam pelajaran.
4.    Memberi kesedaran kepada para pelajar tentang peranan dan tanggungjawab yang  seharusnya dipikul sebagai pelajar.
5.    Melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang.

KRONOLOGI PROGRAM MOTIVASI TAHUN 5 DAN TAHUN 6
Tarikh            : 30 Januari 2014
Masa               : 3.30 petang – 5.00 prtang
Tempat          : Dewan Al – Hikmah

             Semua peserta berkumpul tepat pukul 3.00 petang di Dewan Al – Hikmah selepas sesi persekolahan. Satu majlis pembukaan ringkas diadakan. Selepas ini, Ceramah Motivasi bermula.  Penceramah ialah Cikgu Asmadi Bin Abdul Samad. Beliau merupakan seorang guru sekolah rendah yang giat memberikan motivasi kepada murid – murid Tahun 4,5 dan 6. Beliau membantu dan menerangkan kepada murid – murid berkenaan sikap berani mencuba serta sentiasa memasang target untuk mencapai kejayaan. Selain dari itu beliau turut menjalankan aktiviti yang menarik yang melibatkan pergerakan serta kemahiran berfikir kepada murid – murid.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *