Hubungi Kami di Talian : 03-51922429/2434

Pengenalan


Sistem pendidikan Hira’ telah mula dilaksanakan sejak tahun 1985 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Islam Hira’ (Seksyen 3, Shah Alam) dan Sekolah Menengah Islam Hira’ (Batu Belah, Klang) pada tahun 1991. Sepanjang penubuhannya, pelbagai perubahan penting telah berlaku antaranya Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah telah berpindah ke lokasi baru di Batu Belah, Klang pada tahun 1987 dan Bt. 18, Jeram pada tahun 1999.

Ma’ahad Tahfiz Al-Qur’an Hira juga telah berjaya ditubuhkan pada tahun 1994. Oleh kerana pesat perkembangannya tempat yang ada sekarang ini tidak boleh lagi menampung keperluan anggota kita serta masyarakat Islam sekitarnya untuk menempatkan anak-anak mereka di SRIH dan SMIH. Di atas dasar itulah maka cadangan untuk menubuhkan SRI/SMI Hira’ di Shah Alam adalah amat dihajati.

1.  Memenuhi hasrat pendidikan Hira’ itu sendiri untuk berkembang atau menubuhkan cawangan.

2.    Tenaga pendidik Hira’ yang sedia ada telah berpengalaman dan dirasakan mampu menyebarkan Falsafah Pendidikan Hira’ untuk dihayati oleh masyarakat.

3.    Setiap tahun kemasukan murid tahun satu di Batu Belah melebihi daripada kemudahan  kelas yang disediakan iaitu 80 hingga 100 murid

4.    Memulakan proses mentadbir pendidikan secara profesional untuk menawarkan  kepercayaan kepada masyarakat terhadap sistem pendidikan Islam adalah pilihan yang terbaik.

5.    Untuk SMI, kemampuan SMI di Jeram adalah terhad untuk 2 dan 3 tahun ke hadapan nanti sedangkan permintan semakin meningkat.

6.    Memberi peluang kepada SMI Hira’ di Jeram bagi merancang pembangunan infrastruktur  dengan lebih sempurna iaitu dengan memberi ruang masa 2 hingga 3 tahun untuk mengumpulkan dana yang secukupnya bagi menyiapkan kompleks IPH.

7.    Memberi peluang kepada pelajar-pelajar SMI yang tidak mahu tinggal di asrama tetapi ingin meneruskan pengajian mengikut kurikulum pendidikan Hira’.

8.    Matlamat pendidikan Hira’ adalah untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh , seimbang dan bersepadu meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan soleh yang dapat menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di atas muka bumi.

MISI


MENJADI SEBUAH INSTITUSI PENDIDIKAN INTEGRASI YANG MAMPU MEMBANGUNKAN PELAJAR DENGAN FIKRAH & SAHSIAH ISLAM YANG SYUMUL SERTA MEMENUHI KEPERLUAN SEMASA

VISI


MENJADI SEBUAH INSTITUSI PENDIDIKAN INTEGRASI PILIHAN KE ARAH MELAHIRKAN PELAJAR YANG MEMILIKI AGENDA ISLAM DALAM KEHIDUPAN

Info

Nilai Bersama


Qudwah hasanah
Pelajar sebagai amanah
Kerjaya sebagai ibadah
Ibu bapa sebagai rakan kongsi
Menuntut ilmu sebagai jihad

 

ILMU DIAMAL IMAN DITINGKAT


Putera puteri SRI Hira’
Bertekad dan berazam

Mengabdikan diri kepada Allah
Mengikut contoh Nabi Muhammad
Agar menjadi insan yang kamil
Ilmu diamal iman ditingkat

Berusaha gigih
Menuntut ilmu
Kami semua
Tak jemu-jemu
Beramal soleh
Sepanjang waktu
Beriman kepada
Allah yang satu

Begitulah janji
Takkan kami mungkiri

Sabar menempuh
Semua rintangan
Ikhlaskan niat
Jadi ingatan
Keredhaan Allah
Kami harapkan
(ulang korus)

Dengan barisan
Pendidik mulia

Membimbing mengasuh
Hingga berjaya
Kami bersyukur
Kami berbangga
Mendapat didikan
Dari mereka

Semoga Ilahi
Rahmati, Berkati

Sabar menempuh
Ssemua rintangan
Ikhlaskan niat
Jadi ingatan
Keredhaan Allah
Kami harapkan
(ulang korus)
Lagu : Abu Along
Lirik : Abu Along

Logo-SRIH-04_small

Bulatan Penuh


Lencana Sekolah Rendah Islam Hira’ berbentuk bulat denga bergaris pusat berukuran 40mm, melambangkan kesyumulan Islam yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Inilah kefahaman asas yang ditekankan kepada para pelajar SRI Hira’.

Buku


Buku melambangkan ilmu pengetahuan yang mana Al-Qur’an dan Hadist merupakan sumber utamanya dan menjadi teras kepada sistem pendidikan Hira’.

Warna Putih Dan Hijau


Warna latar belakang putih bermaksud keadaan murid-murid yang masih suci apabila memasuki sekolah. Adalah menjadi hasrat sekolah dengan kerjasama ibubapa untuk mewarnakan peribadi murid-murid dengan akhlak Islam yang mulia lagi terpuji dan mengambil Rasulullah sebagai contoh. Inilah juga tafsiran warna hijau (yang lazimnya dkaitkan dengan Islam ) yang menjadi warna utama logo sekolah.

Motto


Motto ” Ilmu Diamal Iman Ditingkat ” adalah rumusan kepada konsep yang ingin diterapkan kepada murid-murid iaitu segala ilmu ( kebenaran ) yang diterima tidak akan memberi manafaat selagi tidak diamal dan dihayati . Sesungguhnya hanya orang yang beriman sahaja akan sedaya upaya menterjemahkan ilmu dan amal kepada amalan. Insya’Allah, dengan cara itu tahap keimanan dijiwa murid akan meningkat lantaran bertambah eratnya hubungan mereka dengan Allah SWT, Pencipta sekelian alam.

pelan sekolah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *