Hubungi Kami di Talian : 03-51922429/2434

Persatuan dan Kelab



Persatuan dan Kelab

Nasyid

Kelab nasyid ini terbuka kepada semua murid yang berbakat dalam bidang seni suara.Kelab yang dinamakan Shoutul Hira’ ( Banin/ Banat)  ini telah menyertai pelbagai pertandingan dan persembahan .Kelab ini telah di latih oleh Muallim Sukri   bagi banin dan Muallimah Salasiah bagi banat .Antara kejayaan yang telah dikecapi ialah :
1. Johan Nasyid Banat di Karnival Sekolah Agama Rakyat anjuran MAPPIS,2012.
2. Tempat ke 3 Nasyid Banin di Karnival Amal Islami anjuran JAIS ,2013
3. Tempat ke 2 Nasyid di Karnival Sekolah Agama Rakyat anjuran MAPPIS,2013.

KELAB Hira’ FC Bola sepak & Bola Jaring

Kelab ini terbuka pada semua murid ,banin dan banat di sekolah ini untuk menyertainya. Hira’ FC telah ditubuhkan bagi memenuhi keperluan jasmani murid yang mana ,Pihak sekolah ingin melahirkan murid  bukan sekadar cemerlang dari segi akademik malah dari sudut Jasmaninya  .Di samping itu juga ia bagi mengisi keperluan kokurikulum sekolah. Sesi latihan bagi bola sepak diadakan pada setiap hari jumaat jam 4 hingga 5.30 petang.

Banyak pertadingan disertai tapi masih tiada lagi kejayaan yang diraih tetapi bagi pihak sekolah, kejayaan yang paling besar diraih ialah semangat dan komitmen murid yang konsisten yang ditunjukkan serta dorongan ibubapa dalam memajukan lagi kelab ini kelak.

Kelab Memanah

Manfaat  Memanah
Dalam sebuah hadis  sahih yang diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim, disebutkan Nabi memerintahkan kepada kita agar mengajari anak-anak kita berkuda, berenang dan memanah.

Memanah melatih emosi untuk menempatkan ‘target’ pada satu sasaran. Jika emosi kita terganggu, sudah pasti target akan mudah melenceng. Secara tidak langsung olahraga ini melatih kita untuk belajar tenang dan mengendalikan emosi. Seseorang yang tidak tenang, gugup, pemarah, kurang sabar bukanlah seorang pemanah yang baik.

Memanah juga sangat menitikberatkan keseimbangan tubuh. Pada saat melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu ada kekuatan fisik. Olahraga ini juga dapat membangun fokus dan konsentrasi dalam menyemai rasa tanggung jawab dan disiplin diri, meningkatkan jati diri dan keyakinan pribadi. Orang yang memiliki banyak karakter pribadi seperti ini InsyaAllah akan mudah melewati segala rintangan dalam hidupnya.

Sabda Rasulullah SAW, “Kamu harus belajar memanah karena memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)

Sejarah terlakar pada tahun 2014 ,kelab  memanah SRIIH ditubuhkan bagi memenuhi kehendak  di atas.Kelab ini terbuka juga pada semua murid .

Kelab Tae Kwan Do GTF SRIIH

OBJEKTIF :

1) Melahirkan pelajar yang aktif dalam Ko-Kurikulum
2) Melahirkan pelajar yang mahir dalam seni mempertahan diri demi kebaikan diri sendiri dan keluarga
3) Menyahut seruan Kementerian Pelajaran agar setiap pelajar aktif bergiat dalam Ko-Kurikulum sebagai syarat kemasukan ke IPTA

 Sesi Latihan
Setiap Hari Rabu
Masa: 3.30 hingga 5.00 petang
* Tertakluk pada pindaan terakhir


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *