Hubungi Kami di Talian : 03-51922429/2434

LAWATAN TAHAP 1 KE KUALA GANDAH DAN DEERLAND PARK



LAWATAN TAHAP 1 KE KUALA GANDAH DAN DEERLAND PARK

Pada 26 Mei 2014, Sekolah Rendah Islam Intergrasi Hira’ Shah Alam telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Gandah Elephant Centre dan Deerland Park . Lawatan ini disertai oleh 95 orang murid tahap satu dan 11 orang guru pengiring. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk mendedahkan murid-murid kepada persekitaran yang sebenar di samping memupuk rasa kasih dan sayang terhadap haiwan. Selain itu, lawatan ini dapat menyemai semangat bekerjasama murid dan memeupuk silaturrahim antara murid dan guru.Rombongan lawatan bertolak dengan menaiki tiga buah bas pada pukul 9.00 pagi dari sekolah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam untuk sampai ke Negeri Pahang Darul Makmur. Rombongan lawatan selamat tiba di destinasi yang pertama iaitu Deerland Park pada pukul 11.30 pagi. Semasa kami berada di taman ini, kami berpeluang memberi makan kepada rusa-rusa dengan percuma. Selain rusa, haiwan-haiwan lain juga turut ditempatkan ditaman itu seperti ular sawa, burung kakak tua, landak, dan burung merak. Kami berada di Deerland Park selama satu jam setengah.Selepas itu, kami bertolak ke Kuala Gandah Elephant Centre pada pukul 12.30 tengah hari. Perjalanan hanya mengambil masa 10 minit sahaja kerana jarak antara dua tempat ini amat dekat.  Semasa berada di sana,kami berpeluang mengikuti beberapa slot.Slot pertama, kami memberi makan kepada gajah-gajah di sana sambil diberi penerangan oleh pegawai di sana. Slot kedua, kami berpeluang melihat bagaimana gajah-gajah dimandikan oleh penjaga-penjaga gajah tersebut. Selepas itu, slot kami diakhiri dengan persembahan daripada gajah-gajah yang telah dilatih. Kami semua sangat terhibur dengan persembahan tersebut. Lebih kurang pukul 4.00 petang, kami berhenti makan dan berehat seterusnya solat jamak takhir. Kami bertolak pulang lebih kurang pukul 5.15 petang. Lebih kurang pukul 7.30 malam kami selamat tiba di perkarangan sekolah. Sesungguhnya lawatan ini sangat memberi manfaat kepada murid-murid dan juga guru. Programseperti ini amat digalakkan dianjurkan pada masa akan datang.

1

4

3


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *