Hubungi Kami di Talian : 03-51922429/2434

Kursus Pengawas Siri ke-2



Alhamdullilah, pada 7 mac 2014 yang lalu, Sekolah Rendah Islam Integrasi Hira’ (SRIIH) telah Berjaya melaksanakan Kurus Pengawas siri ke-2  yang bertempat di Dewan Al-Hikmah SRIIH. Kursus bermula dari pukul 3 petang hingga 6 petang. Pada kali ini, kumpulan sasaran hanyalah pengawas sekolah seramai 15 orang yang terdiri dari tahun 4, 5 dan 6. Objektif untuk kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam diri pengawas-pengawas SRIIH.  Hal ini kerana komunikasi yang berkesan adalah suatu perkara yang sangat penting untuk seorang pemimpin melaksakan tanggungjawab sebagai pemimpin.

Cikgu Asamadi merupakan guru yang telah dijemput khas untuk kursus siri ke-2 ini. Beliau merupakan guru di Sekolah Rendah Bandar Anggerik Seksyen 6 yang mempunyai banyak pengalaman dalam mengendalikan kursus-kursus berbentuk kepimpinan.

Kursus bermula tepat jam 3.15 petang. Slot yang pertama ini semua murid telah diberi pendedahan tentang tugas-tugas pengawas yang perlu difahami dan dilaksanakan dengan sebaiknya. Mereka diminta menyenaraikan seberapa banyak tugas pengawas yang mereka ketahui, kemudian setiap tugas yang dinyatakan itu diberi penerangan dan perbandingan pada  tugas yang sewajarnya. Semua pengawas telah memahami dengan jelas beberapa tugas yang wajar dan tidak wajar dilakukan sebagai seorang pengawas sekolah.

DSC_1973

Aktiviti pelajar bersama Cikgu Asmadi

DSC_1975

Kerja berpasukan

DSC_1977

Latihan dalam kumpulan pada slot kedua

Seterusnya, slot kedua bermula dan mereka telah dibahagikan kepada 4 kumpulan. Slot ini adalah pendedahan kepada pengawas tentang cara untuk berkomunikasi dengan lebih baik. Berapa aktiviti dalam kumpulan telah dilaksanakan dan ternyata semua pengawas seronok dan gembira menjalankan semua aktiviti. Kursus berakhir jam 5.45 petang dan penceramah mengakhiri kursus dengan memberi kesimpulan dari pada semua aktiviti dalam kumpulan yang berjaya dilaksanakan. Kursus berakhir dengan penyampaian sedikit saguhati daripada pihak sekolah kepada cikgu Asmadi di atas kesudian beliau meluangkan masa dan tenaga dalam kursus ini.

Semoga dengan pelaksanaan kursus ini, semua pengawas dapat menggunakan sebaiknya segala ilmu yang telah dikongsikan oleh cikgu Asmadi dalam melaksanakan tugas seorang pengawas dengan lebih baik lagi, berkeyakinan dan komitmen yang tinggi.

 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *