Hubungi Kami di Talian : 03-51922429/2434

Kursus Kepimpinan Sekolah



Kursus Kepimpinan Sekolah

Pada 7 Februari 2014, sekolah telah melaksanakan Kursus Pengawas 2014 untuk siri yang pertama bertempat di dewan Al-Hikmah Sekolah Rendah Islam Integrasi Hira’Shah Alam (SRIIH). Seramai 21 orang pelajar telah menghadirkan diri dalam kursus ini yang terdiri daripada pengawas, ketua darjah dan penolong ketua darjah . Kursus bermula pada jam 3.00 petang. Slot pertama kursus telah dikendalikan oleh Muallim Syukri bin Dolah yang menyampaikan ceramah bertajuk “Tanggungjawab dan Tugas seorang Pemimpin Pelajar”. Dalam ceramah ini peserta kursus diberi pendedahan tentang tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh seorang pengawas, ketua kelas dan juga penolong ketua kelas. Di akhir slot pertama semua peserta kursus melaksanakan aktiviti dalam kumpulan (LDK). Semua peserta diminta menyenaraikan tugas-tugas seorang pemimpin pelajar dalam bentuk yang paling kreatif pasa kertas A4 yang disediakan. Slot pertama berakhir pada pukul 4.30 petang. Kemudian pelajar berhenti rehat untuk minum petang dan solat asar secara berjemaah.

Kursus pengawas (I) diteruskan dengan slot yang kedua bermula pada pukul 5.00 petang. Slot kedua merupakan permainan ‘Bendera Kita’ yang dilaksanakan mengikut 4 kumpulan. Permainan ini dilaksanakan bertujuan untuk melihat kerjasama antara peserta dan penerimaan arahan yang jelas. Kesimpulan daripada permainan ini menunjukkan penerimaan arahan antara peserta adalah lemah dan kerjasama juga masih belum kukuh antara mereka. Namun dengan permainan ini, semoga semua peserta jelas tentang kepentingan penerimaan arahan dan kerjasama yang baik dalam sesebuah organisasi kepimpinan. Akhirnya, pada pukul 6 petang tamatlah Kursus Pengawas (I) dengan jayanya. Semoga segala kelemahan yang ada dalam pelaksanaan kursus ini akan dapat diperbaiki pada kursus pengawas yang akan datang.

 IMG-20140207-WA0055


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *