Makluman Terkini

Alhamdulillah pada tahun ini sekolah Hira’ mengorak selangkah kaki kehadapan lagi dengan menubuhkan KELAB BOLA SEPAK HIRA’ FC.Kelab ini diketuai oleh Muallim Daud Al Firdaus.
Karya Murid

Ruangan ini menampilkan koleksi-koleksi kreatif hasil nukilan pelajar-pelajar dari SRIIH. Pelbagai bentuk karya yang dihasilkan termasuk lukisan, cerpen dan sebagainya boleh didapati disini
Pencapaian

Anda boleh melihat pencapaian SRIIH sepanjang tahun 2003 hingga 2013 dari pelbagai aktiviti yang dimasuki. Antaranya adalah pertandingan nasyid, tilawah, bercerita dan lain-lain.
Program Sepanjang 2015


Nasyid Banin Dan Banat
Kelab nasyid ini terbuka kepada semua murid yang berbakat dalam bidang seni suara.Kelab yang dinamakan Shoutul Hira’ ( Banin/ Banat) ini telah menyertai pelbagai pertandingan dan persembahan .Kelab ini telah di latih oleh Muallim Sukri bagi banin dan Muallimah Salasiah bagi banat .
Kelab Hira’ FC Bola Sepak dan Bola Jaring
Kelab ini terbuka pada semua murid ,banin dan banat di sekolah ini untuk menyertainya. Hira’ FC telah ditubuhkan bagi memenuhi keperluan jasmani murid yang mana ,Pihak sekolah ingin melahirkan murid bukan sekadar cemerlang dari segi akademik malah dari sudut Jasmaninya .Di samping itu juga ia bagi mengisi keperluan kokurikulum sekolah. Sesi latihan bagi bola sepak diadakan pada setiap hari jumaat jam 4 hingga 5.30 petang

Tunas Kadet Remaja Sekolah
TKRS SRII Hira’ Shah Alam ialah satu badan beruniform yang diwajibkan kepada semua pelajar tahun 4,5 dan 6. Jumlah pelajar yang menyertai TKRS SRII Hira’ Shah Alam ialah seramai 49 orang murid.Dalam setahun, terdapat 2 kali perkhemahan yang melibatkan perkhemahan dalaman dan perkhemahan luaran.Perjumpaan dwimingguan dilaksanakan setiap bulan.Ujian kenaikan pangkat akan diadakan sekali setahun bagi melahirkan pelapis di kalangan murid Hira’.

Jadual Guru Bertugas bulan Oktober 2014
13 – 21 Oktober 2014 : Muallim Daud Al Firdaus dan Muallim Zulkhairi
Tanggungjawab Guru Bertugas Harian :
1. Memantau kehadiran murid 15 minit sebelum sesi pembelajaran.
2. Memastikan semua murid berada di kelas sebaik sahaja sesi pembelajaran bermula.
3. Memastikan urusan kantin berjalan lancar. (kebersihan, menu dan disiplin)
4. Memastikan semua murid tiada di kantin selepas waktu rehat.
5. Mengendalikan urusan sakit dan kecemasan.
6. Mengawal dan memantau keselamatan murid sewaktu datang dan pulang.
7. Memastikan setiap murid tiada di dalam kelas selepas jam 4 petang.
8. Memastikan pendingin hawa, kipas, lampu dan pili air ditutup sebelum pulang.

Matlamat Disiplin!
Disiplin akan melahirkan individu yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya pada masa hadapan.
Semua guru adalah guru disiplin
Guru bukan sahaja mempunyai peranan dan tanggungjawab mengajar tetapi juga mengurus dan mendidik; iaitu membentuk sikap, nilai dan akhlak murid-murid melalui pengajaran formal, tidak formal dan melalui perlakuan diri sendiri yang baik,

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pertamannya dan selamanya saya mengucapkan syukur pada Allah s.w.t kerana masih diberi ruang dan peluang untuk mencoret sedikit nukilan awal di ruangan ini.Terlebih dahulu saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga sekolah terutamanya Unit Media SRII Hira’ Shah Alam atas usaha mewujudkan Portal Rasmi SRII Hira’ Shah Alam. Semoga usaha ini akan berterusan dan sentiasa berkekalan demi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini serta dimanfaatkan sebaik mungkin oleh semua pihak, sama ada murid -murid ,para ibubapa dan masyarakat .